Kargusari Dakwah & Tabligh di Russia

Posted on:
tags:
Allahuakhbar - Jemaah Sahabat ra di hantar ke Russia
Asalam Bhai, aku terpanggil untuk menulis bilamana beberapa orang sahabat menghantar mesej kat aku pagi pagi buta.. kata mereka "Bro, aku baca karkuzari Tabligh di Russia yang di postkan oleh sahabat dari Indonisia" aku tanya balik "Best ker" dia kata "Best jugak tapi tak berapa faham sebab bahasa Indonisia" katanya lagi "Bro, ko tulis lah sikit pasal Islam di Russia ni..Siapa sahabat yang sampai kat sana" aku jawab lagi "yer lah..yer lah...aku nak gi tandas ni..no 2 ni..!!! ok" perbualan abis kat situ aku terus meluru ke tandas untuk melepas kan Hajat Yang Paling Besar..
Bhai, banyak orang dok tanya aku pasal Usaha Agama dan Tabligh kat Russia ni, mereka pun dengar dari kawan atas kawan dan kebanyakan mereka yang menceritakan tak pernah sampai Russia pun, ok lah...aku nak bagi sedikit Pencerahan...
Russia adalah sebuah negara yang amat luas, dari hujung ke hujung mengambil masa perjalanan lebih kurang 4 hari dengan Keretapi, kalau jalan darat mahu dekat seminggu dari timur ke barat, dari tempat aku tinggal untuk pergi ke Moscow sahaja dah ambik masa selama 8 jam dengan kapal terbang dan kalau tempat aku siang di Moscow akan berubah masa jadi malam, besar giler Russia ni Bhai...!!!
Ok lah, tanpa membuang masa kita baca sedikit sejarah awal kedatangan Islam di bumi Russia...Insyallah, semuga menjadi asbab untuk tingkat kan azam korang semua keluar BBNJ...terutama Russia Federation.
Zaman Khalifah Umar bin Khattab ra
Masuknya cahaya Islam di Rusia dimulai pada masa zaman Khalifah Umar bin Khattab dengan perantara sahabat yang mulia iaitu Hudzaifah bin Al-Yaman. Hudzaifah yang ditugaskan berdakwah di Azerbaijan dan Armenia, terus berjuang menyebarkan Islam hingga mencapai wilayah Dailam, Tibristan, dan Afganistan.
Penyebaran ini terus melebar hingga terbentuknya hubungan dengan orang-orang Kaspian. Pada tahun 115 H, salah seorang Dai di wilayah tersebut yang bernama Rabi’ bin Maslamah ra telah membangunkan sebuah masjid di daerah tersebut dengan tujuan untuk mengekal kan amalan Islam di wilayah baru tersebut.
Zaman Kerajaan Umayyah
Pada masa pemerintahan Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu anhu, sahabat Al-Hakam bin Amr al-Ghifari radhiallahu ‘anhu bersama jemaahnya telah melintasi Sungai Jaihun dan masuk menguasai Uzbekistan pada tahun 50 H/67 M. Kemudian jemaah jemaah yang lain di hantar iaitu jemaah sahabat Said bin Utsman yang memasuki Kota Samarkan sementara jamaah sahabat Musa bin Abdullah bin Khozim menakluki Bukhara pada tahun 70 H/689 M dan kemudiannya jamaah sahabat Qutaibah bin Muslim telah menakluki negeri-negeri kawasan Timur hingga sampai di China, Turkistan, Turkmenistan, Tajikistan, dan Kyrgistan.
Dengan kedatangan umat Islam ini, orang-orang pun berbondong-bondong memeluk Islam tanpa paksaan dan tekanan sedikit pun, Islam pun diterima oleh semua pihak, diterima semua suku dan entik, dan diterima oleh mereka yang miskin maupun kaya.
Zaman Kerajaan Abasiyah
Era baru masuknya Islam di Rusia dipelopori oleh seorang yang bernama Ahmad bin Fadhlan, salah seorang utusan Kerajaan Abasiyah. Faktor terbesar yang membuat Islam rata rata tersebar dari wilayah China hingga Laut Kaspian adalah faktor Penduduk asal yang telah memeluk Islam. Anak-anak pribumi (wilayah Asia Teengah) mendakwahi saudara-saudara mereka yang masih menyembah patung dengan perantara perdagangan.
Saat Islam mulai tersebar di kalangan penduduk Asia Timur dan wilayah Balkan, orang-orang Balkan telah mengirim utusan kepada Khalifah Abasiyah iaitu Muqtadir Billah. Mereka membuat permintaan supaya seseorang perlu dihantar kesana untuk mengajarkan Islam kerana pengetahuan mengenai Syariat dan Islam sangat terbatas dan terlalu lemah. Kerajaan Abasiyah lalu mengirim Ahmad bin Fadhlan.
Ahmad bin Fadhlan terus giat mendakwahkan dan mengajarkan Islam di wilayah tersebut. Beliau telah mendatangi para Penguasa Balkan dan mengenalkan Islam kepada mereka. Wilayan Kazan adalah merupaskan sebuah Wilayah yang mana ramainya orang orang Kazan memeluk Islam.
Ahmad bin Fadhlan telah mencatat semua perjalanan Dakwahnya di negeri-negeri Rusia ini, dan tulisannya dijadikan rujukan utama para Sejarawan untuk mempelajari Islam pada masa tersebut.
Zaman Kerajaan Mongol
Sejarah kegemilangan Bangsa Tatar atau Mongol juga telah menyebut bagaimana besarnya sumbangan mereka terhadap Islam di daerah daerah Balkan, Para pimpinan Bangsa Mongol di daerah-daerah yang ditaklukan seperti di Timur Tengah mulai memeluk Islam dan pada akhirnya keseluruhan Pemerintahan Mongol. Mereka kagum dengan budaya dan kemuliaan Islam, kehebatan ilmu pengetahuan, Siistem Kehakiman, kemajuan Ekonominya serta Ideologinya yang sangat maju. Para pemimpin Mongol atau Tatar ini lah yang akhirnya yang melepaskan diri dari kekuasaan Impirial Mongol.
Namun pada tahun 885 H/1480 M, Moscow di bawah kekuasaan Ivan III melepaskan diri dari kekuasaan umat Islam bahkan membantai umat Islam. Moscow bergabung dengan Pasukan Salib untuk memerangi umat Islam.
Kekalahan orang orang Islam ditangan tentera Salib yang bergabung dengan Tsar Ivan III telah menyebab kan umat Islam tertekan dan hampir luput Islamnya.
Zaman Komunis Soviet Union
Keaadaan umat Islam selepas Perang Salib menjadi semakin tertekan, sebelum zaman pemerintahan Komunis iaitu ketika di masa pemerintahan Tsar Romanov berkuasa telah mengusir umat Islam keluar dari Russia dan sebahagian dibunuh oleh tentera tentera Tsar Ramanov.
Diawal Revolusi Komunis, pemimpin Komunis iaitu Vladimir Lenin telah menjanjikan akan membebaskan umat Islam dari kekejaman Tsar sekiranya umat Islam menyokong beliau walaubagaimanapun suasana berlaku sebaliknya selepas Komunis berjaya menguasai Russia yang di namakan Kesatuan Soviet Union.
Pemerintahan Komunis telah menindas umat Islam dan telah cuba menghapuskan secara bersistematik dan kemuncak kejatuhan Islam di Russia ialah pada tahun 1917, pemimpin revolusi komunis, Vladimir Lenin telah menghianati umat Islam. Lenin yang pada mulanya menjanjikan perubahan apabila ia berkuasa, menjadikan perubahan tersebut satu tapak penghapusan semua agama khususnya bagi orang Islam Russia.
Penyiksaan, penindasan, dan kezaliman terus dirasakan umat Islam di masa-masa pemerintahan komunis ini, sehingga menyebabkan Islam hampir hampir pupus.
Perkara pertama yang dibuat oleh pemerintah Komunis ketika itu ialah menghapus kan semua kepercayaan kepada Tuhan, 3 usul telah di buat dan dilaksanakan bagi mencapai tujuan tersebut ialah
1. Menghapuskan Pengamal Agama
2. Menghapuskan Rumah Ibadat Agama
3. Menghapuskan tanda tanda Agama.
Bagaimana pun orang orang dikawasan selatan terutamanya di tanah jajahan Teluk Balkhan seperti, Uzbekista, Kazakshtan, Dagestan, Takajistan, Kygistan dan negara sekitar sedikit terpelihara agama mereka, mereka telah mengamalkan agama Islam secara sembunyi sembunyi.
Alhamdulillah...Bhai, hari ni agama Islam telah bangkit dengan majunya di Russia, ribuan manusia telah kembali mengamal kan agama.
Islam kini merupakan agama kedua yang paling meluas dianuti di Russia Federation selain dari Kristian Orthodok, menurut bancian terdapat lebih daripada 20 juta secara rasmi umat Islam di Rusia dan peningkatan telah berlaku sebanyak secara mendadak jika dibandingkan daripada 15 tahun yang lalu iaitu sebanyak 40% dan kebanyakan mereka mengamal kan Amalan Islam.
Bhai sehinggakan hari ini telah wujud Markas Dakwah Tabligh di Kota Metropolitan Moscow..
Tableghi Markaz Russia : Masjid, Prospect Mira (near Olympic Station), Moscow. 281-4904
Insyallah..kita pakat pakat bentuk jemaah pergi Russia yer...Bhai, Devocka ochin krasiva kat sana..!!! ochin krasiva..!!!
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment

Beriman dan Beradab Sebelum Berucap dan Berbuat